Covid19PolitikSemasa

Gesa ahli politik utamakan kesihatan, kebajikan rakyat

Badan Peguam Malaysia

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menggesa ahli politik negara ini, mematuhi peraturan undang-undang dan Perlembagaan serta menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Presidennya, Salim Bashir, berkata apa yang diperlukan negara ketika ini adalah fokus kepada soal kesihatan dan kebajikan rakyat.

“Badan Peguam juga sependapat dengan pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, bahawa ada undang-undang dan mekanisme semasa mempunyai kekuatan luas dan komprehensif untuk menguruskan pandemik COVID-19,” – Badan Peguam Malaysia , Presiden  Salim Bashir

“Badan Peguam menyambut baik langkah bijaksana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk melindungi kepentingan rakyat dengan tidak mengisytiharkan darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.

Salim berkata, ketika ini sokongan mencukupi mesti diberikan kepada doktor, jururawat dan semua pihak yang terbabit dalam memerangi COVID-19 yang juga musuh tidak kelihatan itu.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button