Semasa
Hujan berterusan waspada di Sabah pada 27 Disember sehingga 28 Disember
KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Sabah bermula pada 27 Disember (Isnin) sehingga 28 Disember 2021 (Selasa).
Jabatan Meteorologi Malalysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan berterusan dijangka melanda Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
MetMalaysia turut memberitahu Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan,ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Orang ramai diminta untuk sentiasa peka dan waspada dengan keadaan cuaca terkini.
Sebarang maklumat boleh didapati di portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.