DuniaSemasa

Ibu bapanya anggota ISIS, anak kelahiran Amerika dibebaskan dari Syria

Menjadi yatim piatu

Damsyik : Seorang gadis kelahiran Amerika telah diselamatkan dari Syria, tempat dia dibesarkan oleh orang tuanya yang menjadi anggota ISIS.

Aminah Mohamad, lapan tahun yang ibunya berasal dari Tennessee, tinggal dalam cengkaman pengganas itu sejak 2014.

Buzzfeed memaklumkan, dia ditangkap dan dibawa ke kem  tahanan yang dikawal militan Kurdis, sebelum dikeluarkan pada 17 Julai.

Pada Sabtu (31/7/2021), dia ditemubual oleh International Center for the Study of Violent Extremism tentang kehidupannya bersama ISIS.

“Dia  memperkenalkan dirinya Aminah, dan bercerita tentang keluarganya dengan kesedihan yang dalam,” kata pengarah lembaga itu, Anne Speckhard.

Memetik New York Post, Isnin (2/8/2021), Speckhard mengatakan Aminah sama sekali tidak tahu di mana dia berada.

“Dia memerlukan keadaan yang aman, dan penuh kasih sayang bagi memulihkan trauma yang dia alami sebelumnya,” tambahnya.

Misi menyelamatkan Aminah berjaya berkat campur tangan mantan diplomat Peter Galbraith dan seorang perempuan Kanada.

Wanita ‘Negeri Mapple’ bertemu dengan ibu Aminah ketika ISIS masih berkuasa di Syria.

Perempuan yang tidak disebutkan identitinya menyebut, anak-anak di kem pelarian mempunyai kehidupan yang sulit.

“Mereka mengalami trauma kerana kehilangan antara satu atau kedua-dua orang tua mereka, dan hidup di bawah kekerasan, kemiskinan, dan penderitaan,” katanya.

Wanita tersebut menambah, setiap hari anak-anak itu kekurangan makanan, pendidikan, dan hidup dalam bahaya.

Keluarga Aminah sempat tinggal di Swiss, namun dipindahkan ke kawasan yang dikuasai Daesh di Syria.

Ayah Aminah, Yasin Mohamad, terbunuh dalam serangan udara pada Jun 2015. Ibunya, Ariel Bradley, menikah lagi dengan anggota ISIS lainnya, Tareq Kamleh.

Bradley dan Kamleh kemudian tewas pada 2018. Aminah diserahkan kepada isteri lain ayah tirinya.

Melalui orang hubungannya dalam militan Kurdis, Galbraith berjaya membebaskan perempuan Kanada itu, Aminah, dan penghuni kem pelarian lainnya.

Galbraith berkata, ketika dia mendengar Aminah bersendirian di kem, dia tidak dapat menahan diri daripada membebaskan kanak-kanak itu.

Kementerian Luar Negara Amerika tidak memberikan  pengesahan tentang usaha pembebasan Aminah dari Syria.

— KOMPAS

Related Articles

Back to top button