DuniaSemasa

Influencer China ditemukan meninggal jatuh dari crane

Dikatakan beliau sedang membuat konten

BEIJING : Seorang influencer jatuh dari ketinggian sekitar 49 meter dan mayatnya ditemukan bersama telefon yang digunakan untuk membuat konten video.

Xiaoqiumei adalah seorang influencer yang memiliki lebih dari 100.000 pengikut. Dia sering berkongsi video tentang kehidupannya sehari-hari dan pekerjaannya sebagai seorang operator crane besar.

Menurut laporan media tempatan, influencer wanita itu berusia 23 tahun dan merupakan ibu dengan dua orang anak yang masih kecil.

Memetik laporan The Sun, saksi yang melihatnya mengatakan wanita itu jatuh ke tanah dengan masih menggenggam telefonnya.

Tragedi itu terjadi sekitar pukul 17.40 waktu tempataan, ketika sebahagian besar rakan sekerjanya telah pulang.

Antara videonya yang viral adalah aksinya ketika melompat dari crane.

Keluarga Xiaoqiumei telah membantah punca kematian bahawa dia membuat video sambil turun dari crane.

Keluarganya mengatakan ibu muda itu adalah seorang profesional dalam bekerja, dan akan menyimpan telefonnya ketika bekerja.

Kendati demikian, keluarganya telah mengesahkan bahawa dia telah jatuh ketika mahu pulang dari shift ke rumahnya di kota Quzhou,  Zhejiang, China barat.

Mereka memaklumkan dia tergelincir ketika melangkah, yang membuatnya jatuh dan meninggal dunia.

Kremasi dan pemakamannya telah dilakukan, dengan abunya diletakkan di atas meja kecil di bawah payung sesuai tradisi setempat.

—KOMPAS

Related Articles

Back to top button