DomestikSemasa

Menteri Sabah desak kurangkan harga tiket penerbangan

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata langkah syarikat penerbangan untuk menaikkan harga tiket penerbangan terutama di Sabah dan Sarawak merupakan sebuah rompakan nyata.

Tambahnya, orang Muslim akan menyambut hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa minggu dan orang Sabah yang berada di semenanjung mahu pulang ke rumah.

Keadaan ini menyedihkan apabila ramai terpaksa batalkan niat mereka kerana tidak mampu membeli tiket yang mahal.

“Bayangkan, tiket satu hala dijual dengan harga RM2,800 dan boleh mencecah sehingga RM3,600. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, syarikat kapal terbang tidak boleh jual harga yang lebih dari sepatutnya”

“Orang Sabah terkesima dengan perkara ini, Menteri Pengangkutan perlu mencelah dan selesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, beberapa syarikat kapal terbang mengenakan syarat untuk semua penumpang daftar masuk secara layan diri di kiosk yang disediakan dan bayaran RM100 dikenakan jika daftar masuk di kaunter.

Ini adalah tidak adil bagi mereka yang tidak mahir dalam teknologi.

“Syarikat kapal terbang perlu memahami di Sabah, masih ramai yang tidak memiliki telefon pintar dan orang-orang kampung tidak reti mengendali kiosk layan diri,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, dilaporkan mendesak kerajaan persekutuan melalui Menteri Pengangkutan untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button