DuniaSemasa

Israel buka kedutaan di Maghribi dalam tempoh dua bulan

CASABLANCA: Israel dan Maghribi bersetuju membuka kedutaan di negara masing-masing dalam dua bulan akan datang, menurut Menteri Luar Israel, Yair Lapid di Rabat semalam.

Persetujuan dicapai setelah kedua-dua pihak menormalisasi hubungan diplomatik antara dua negara itu.

“Pagi ini (semalam), keputusan telah dicapai bersama Menteri (Luar Maghribi), Nasser Bourita, bahawa kami bakal membuka kedutaan penuh di Tebing Barat serta Maghribi dalam tempoh beberapa bulan lagi,” katanya pada sidang media, di sini.

Disember lalu, Maghribi menjadi negara Arab yang keempat menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Emiriah Arab Bersatu , Bahrain dan Sudan pada tahun sama.

Sebuah pejabat perhubungan Israel di Maghribi turut dibuka di Rabat, semalam.

Lapid mengalu-alukan jalinan hubungan dengan negara Arab, malah mendakwa ada lagi negara lain bakal menyusul tetapi tidak memberikan namanya.

Beliau sekali gus mengumumkan Israel juga akan membuka kedutaan di Bahrain.

Mengenai hubungan Israel-Palestin pula, Lapid mengulangi sokongannya terhadap penyelesaian dua negara, namun ia bukan dalam situasi sekarang. – AFP

Related Articles

Back to top button