
PUTRAJAYA : Individu berumur 12 hingga 17 tahun dibenarkan untuk mengambil vaksin mulai pertengahan September depan.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitter selepas satu surat pekeliling yang ditandatangani Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham tersebar di aplikasi Whatsapp.
Khairy Jamaluddin berkata, golongan remaja berkenaan melibatkan semua individu berumur 12 hingga 17 tahun sama ada dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.
As per @DGHisham’s latest circular following revised recommendations to @JKJAVMY, PICK will start giving vaccinations to 12-17 year olds with the following priority order:
1) 12-17 w/ underlying medical conditions
2) 12-17 w/ no medical issues based on age de-escalation.— Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) August 13, 2021
“Selain itu, individu yang berumur 12 tahun hingga 15 tahun yang menghadapi masalah kesihatan tertentu juga dibenarkan untuk mendapatkan vaksinasi.
“Perlaksanaan bagi pemberian vaksin ini bergantung kepada bekalan vaksin,” katanya.
Oleh Hafeez Anuar