PalestinSemasa

israel bunuh paramedik, orang awam Palestin di Bandar Gaza 

israel telah membunuh beberapa orang awam Palestin, termasuk dua paramedik, dalam serangan udara di bandar Gaza dan Rafah.

Agensi berita Palestin WAFA melaporkan bahawa pasukan penyelamat dan warga tempatan mengeluarkan beberapa mangsa daripada runtuhan rumah milik keluarga Al Hatu berhampiran Sekolah Al-Zahraa di timur Kota Gaza, yang menjadi sasaran pesawat pejuang israel.

“Tiga lagi individu terbunuh apabila sebuah rumah di kawasan kejiranan Tel al Sultan, barat Rafah, diserang serangan udara israel,” kata WAFA.

Dua anggota paramedik terbunuh dalam serangan udara israel yang mensasarkan sebuah ambulans di bandar Rafah, kata Kementerian Kesihatan di kawasan Palestin yang terkepung.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata dua anggota pasukan ambulans yang bergabung dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) terbunuh ketika ambulans mereka sedang memindahkan mangsa yang cedera dan maut di kawasan bulatan Abu al Said di Tel al Sultan. 


“Paramedik PRCS Haitham Tubasi dan Suhail Hassouna terbunuh akibat pengeboman oleh israel terhadap ambulans Bulan Sabit Merah Palestin di kawasan Tal Sultan, barat #Rafah, semasa mereka menjalankan tugas kemanusiaan mereka,” tulis PRCS di X .

israel telah membunuh sekurang-kurangnya 36,171 rakyat Palestin – 71% daripada mereka adalah wanita, kanak-kanak, dan bayi – dan mencederakan 81,420 dalam perang 237 hari ke atas Gaza, kata pegawai Palestin, manakala kira-kira 10,000+ orang dikhuatiri tertimbus di bawah serpihan rumah yang dibom.

SUMBER : TRT World

Related Articles

Back to top button