Jangan mudah tuduh seorang muslim menjadi kafir
PUTRAJAYA: Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir kerana dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
“Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim sebagai kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat“, tegasnya.
Menurut Dr Haji Mohd Na’im sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut.
KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)BERKAITAN
NASIHAT AGAR TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENUDUH SESEORANG MUSLIM ITU MENJADI KAFIR pic.twitter.com/XrXAIKpAex
— Dato’ Setia Dr.Na’im (@DSDrNaim) August 5, 2023
BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat