Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Tandatangani MOU dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
MAPIM Malaysia sekali lagi menggalas amanah yang besar apabila menandatangani Memorandum Persafahaman (MOU) dengan Yayasan Wakaf Malaysia.
MAPIM Malaysia yang di ketuai oleh CEO Ybhg (Dr.) Sani Araby Al – Kahery telah memeterai (MOU) bersama Yayasan Wakaf Malaysia yang diwakili oleh CEO nya , Dr. Ridzwan Bakar di sebuah hotel di Putrajaya.
Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wakaf Malaysia.
Antara program yang diperincikan dalam kerjasama ini adalah Misi Bencana Alam Dalam dan Luar Negara, Projek Pemulihan Pasca Bencana Dalam dan Luar Negara, Projek Segmen Sosial dan Prihatin Dalam Negara, Misi Kemanusiaan Luar Negara, Agihan Kebajikan Dalam Negara.
Bukan itu sahaja, ia termasuklah bagi tujuan pembinaan semula penempatan, pembangunan fasiliti seperti sekolah, masjid, hospital dan klinik.