BanjirSemasa

Jumlah mangsa banjir di Sabah 6,313 di 5 kawasan

KOTA KINABALU: Bilangan mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 6,313 orang setakat jam 8 pagi hari ini, lapor AWANI.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan ia melibatkan 2,187 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima kawasan terjejas iaitu Paitan, Pitas, Kudat, Lahad Datu, dan Kota Marudu.

“Daripada keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan, 4,122 mangsa adalah golongan warga emas, manakala 2,193 merupakan kanak-kanak dan bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, terdapat 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang kini diaktifkan dan menempatkan kesemua mangsa dari lima kawasan terjejas.



“Ia termasuklah 7 PPS di Paitan, Pitas (4 PPS), Kota Marudu (11 PPS), Kudat (3 PPS), dan Lahad Datu dengan 1 PPS.”

“Manakala daerah yang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi setakat ini ialah daerah Kota Marudu (4,784 mangsa), diikuti dengan daerah Kudat (761 mangsa), Pitas (406 mangsa), Paitan (343 mangsa), dan Lahad Datu (18 mangsa),” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan terdapat perpindahan mangsa dari PPS lama ke PPS baharu.

BACA JUGA
MAPIM berusaha sedaya upaya laksana amanah Ummah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button