DuniaInspirasiSemasa

Kanak-kanak 4 tahun berjaya selamatkan ibunya dengan menelefon ambulans

SYDNEY : Tindakan seorang kanak-kanak yang menghubungi talian kecemasan bagi menyelamatkan ibunya yang terjatuh sangat mengagumkan, apatah lagi hanya sehari selepas dia diajar cara-caranya menghubungi talian kecemasan.

Menurut laporan BBC, Monty Cocker, 4, mendail nombor kecemasan 000 dan memberitahu operator ibunya telah jatuh pengsan akibat terkena sawan.

“Apabila kami sampai ke rumah mangsa, Monty berada di tingkap sambil melambai tangan kepada kami,” menurut paramedik Mark Small.

Kemudian Monty dengan tenang memberitahu petugas ambulans tersebut bahawa ibunya, Wendy terkena penyakit sawan.

Sikapnya yang pantas berfikir telah melayakkan Monty untuk menerima sijil sebagai tanda penghargaan daripada pihak ambulans.

Foto sumber BBC

Ibunya, Wendy Crocker yang merupakan seorang jururawat memaklumkan kepada BBC bahawa anaknya itu telah melakukan langkah yang bijak tetapi Monty memberitahu rakan-rakan di pusat jagaan bahawa perkara yang dilakukannya itu ‘sangat mudah’.

Sebelum kejadian itu berlaku, ibunya telah menerangkan kepada Monty cara untuk menghubungi ambulans dari telefon bimbitnya yang mempunyai kata laluan untuk dibuka.

Wendy tidak sangka Monty perlu menggunakan perkara yang baru dipelajarinya sepantas itu. Dia berkata bahawa dia berasa tidak sihat dan cuba menghubungi suaminya namun tidak sempat.

“Saya telah bekerja sebagai paramedik selama 13 tahun, dan saya mempunyai anak-kanak yang lebih besar umurnya untuk memanggil ambulans, tetapi tidak terlintas di fikiran bahawa kanak-kanak berusia empat tahun boleh melakukan perkara sedemikian.”

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button