Semasa

Karya di sawah padi yang indah di Jepun

Untuk menarik pelancong

TOKYO : Sekiranya dilihat dari jalan raya, memang tidak kelihatan apa-apa yang istimewa pada sawah padi ini. Ia hanya seperti sawah padi yang biasa.

Namun sekiranya dilihat dari udara, barulah terlihat sebuah karya seni yang sangat indah, yang menyambut kemeriahan sukan Olimpik Tokyo 2021.

Karya pada sawah padi itu menggambarkan suasana Jepun yang ikonik. Ia memperlihatkan karya Katsushika Hokusai pada cetak kayu iaitu ombak Jepun yang tinggi, Gunung Fuji dan pelakon Kabuki dengan solekan yang mencolok mata, mirip dengan yang ditampilkan dalam upacara pembukaan Olimpik.

Karya tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan yang dimulakan pada tahun 2008 bagi menggalakkan sektor pelancongan. Ia dimulai di Kota Gyoda, Utara Tokyo.

Pada 2015, mereka bahkan meraih Guinness World Record kerana mencipta karya sawah terbesar di dunia, 28,000 meter persegi.

Setiap tahun, sebuah komite akan ditubuhkan bagi merebentuk karya terbaru. Ratusan sukarelawan menanam pelbagai variati padi dengan warna berbeza, bagi menghasilkan karya yang mengagumkan dan dapat dilihat dari menara tinjau terdekat.

Sebuah karya akan dipilih pada awal tahun, dan penanaman dilakukan sekitar Mei. Pada 2019, tema yang dipilih adalah Piala Dunia Rugbi, yang dianjurkan oleh Jepun.

“Kami ingin menunjukkan seni Jepun Ukiyoe (cetakan kayu) dan Kabuki (teater) di sawah, yang juga merupakan bahagian penting daripada budaya Jepun,” kata pejabat kota Gyoda Shuhei Tagashira kepada AFP.

“Kami ingin mempersembahkan Jepun kepada dunia.”

 

Related Articles

Back to top button