DuniaInspirasiPalestinSemasa

Komposer Palestin dinobat sebagai juara pertandingan gubahan muzik di AS

"Suite of Palestine" tonjol kepentingan memelihara identiti Arab

AMMAN: Seorang komposer Palestin, Ahmed Abu Abed mendapat tempat pertama dalam Pertandingan  Gubahan Muzik Antarabangsa di Amerika Syarikat pada Jun lalu.

Abu Abed ialah seorang guru muzik di Modern American School di Amman, Jordan.

Menurut laporan The Jordan Times, karya kemenangan Abu Abed, bertajuk “Suite of Palestine,” adalah persembahan muzik rakyat Palestin yang menonjolkan kepentingan mengekalkan identiti Arab.

Sebagai komposer yang sudah memiliki pengalaman selama lima tahun, beliau memerhatikan dedikasi dan masa yang diperlukan untuk mencipta muzik yang berkonsepkan sebuah warisan.

“Saya fikir warisan adalah salah satu isu yang perlu diambil berat oleh orang ramai, terutamanya kerana ia merupakan asas penting dalam memelihara keperibadian dan nilai kerohanian,” kata Abu Abed.

Abu Abed percaya bahawa sumbangannya terhadap muzik rakyat Palestin akan meningkatkan peluang untuk genre itu dimainkan melalui instrumen orkestra dan dikembangkan lagi oleh artis lain.

Beliau menyifatkan muzik rakyat Palestin sebagai “bahan mentah” untuk gubahan orkestra, sambil menambah bahawa “ia adalah inspirasi yang luar biasa untuk seorang komposer.”

Abu Abed berkata bahawa matlamatnya adalah untuk mempersembahkan lagu-lagu rakyat Palestin kepada dunia dan menunjukkan betapa “indah dan ekspresif” muzik itu untuk mengekalkan elemen tradisional sambil memperhalusi genre untuk masa kini.

Komposer itu akan berangkat ke New York pada awal 2023 untuk mempersembahkan “Suite of Palestine” kepada penonton secara langsung.

Related Articles

Back to top button