PalestinSemasa

Penceroboh israel serang sekolah & rumah di selatan Nablus

NABLUS: Penceroboh israel menyerang sebuah sekolah di kampung Urif, selatan bandar Nablus Tebing Barat pada Khamis, menurut seorang aktivis tempatan.

Ghassan Daghlas, yang memantau aktiviti penempatan peneroka di utara Tebing Barat berkata, lebih 40 peneroka haram israel menyelinap masuk ke kampung dan membaling batu ke arah sekolah menengah lelaki serta memusnahkan panel solar yang digunakan bagi membekalkan elektrik ke sekolah itu.

Tambahnya, selepas memeriksa rakaman kamera pengawasan, pentadbiran sekolah terkejut apabila mengetahui bahawa penceroboh israel yang merosakkan sekolah itu, telah menjadikan sekolah itu sebagai satu sasaran untuk serangan oleh peneroka dan pernah mencuba untuk membakar bilik darjah di situ.

Sementara itu, penceroboh membaling batu ke arah rumah penduduk Palestin di pinggir bandar berdekatan Huwwara, menyebabkan sebahagian daripadanya rosak.

Keganasan penceroboh israel terhadap Palestin hampir menjadi rutin di Tebing Barat yang diduduki dan tidak didakwa oleh pihak berkuasa pendudukan israel.

Penempatan penjajah Yitzhar amat terkenal dengan komuniti peneroka Yahudi yang  kebelakangan ini sering melakukan serangan terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka.

 

Keganasan peneroka termasuk pembakaran harta benda, masjid, melontar batu, mencabut tanaman, serangan ke atas rumah yang terdedah dan banyak lagi.

Terdapat lebih 800,000 peneroka yang boleh dianggap penceroboh israel tinggal di penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button