PalestinSemasa

Kempen Pertahankan Masjid Al Aqsa dilancarkan

Shah Alam – Insiatif ini diambil oleh beberapa NGO iaitu MAPIM, Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Masjid Al Aqsa, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Yayasan Al Quds Malaysia dan Haluan.

Ia bertujuan mengembleng tenaga NGO di Malaysia untuk menggerakkan pelbagai usaha mengangkat isu Masjid Al Aqsa yang sedang digugat oleh puak Zionis Yahudi dan kerajaan israel.

Dari 16hb September hingga 8hb Oktober ini akan berlaku sekurang-kurangnya tiga acara ritual Yahudi. Suatu gerakan besar-besaran untuk menyerang Masjid Al Aqsa juga sedang direncanakan untuk merampas Masjid ketiga termulia dalam Islam itu.

Gerakan penduduk haram Yahudi, pertubuhan Yahudi ekstremis, sokongan regim Israel serta pihak tentera Zionis telah bergabung untuk menghalau penduduk Palestin di sekitar Masjid Al Aqsa.

Kempen ini telah menyenaraikan beberapa langkah penting untuk digerakkan bagi mengangkat isu Masjid Al Aqsa, termasuk mengadakan perhimpunan untuk menghantar memo kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Petisyen sejuta tandatangan juga akan dibuat untuk menyatakan protes kepada Israel.

Kempen ini berhasrat mengumpul dana disasar RM50 juta untuk membantu kumpulan penjaga Masjid Al Aqsa dan mereka yang menjadi mangsa pencabulan tentera Zionis Israel ke atas Masjid tersebut.

Kempen Pertahankan Al Aqsa (KPA) akan menghantar surat bantahan dan memo kepada pelbagai pihak bagi menyokong usaha mempertahan kemuliaan Masjid Al Aqsa.

KPA juga sedang mengumpul sukarelawan Al Aqsa dalam usaha menggerakkan kempen di seluruh negara.

Dalam mesyuarat yang sama, Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid telah diamanahkan untuk menjadi Penyelaras KPA.

Related Articles

Back to top button