Kes buli : Enam pelajar MRSM dicadang tamatkan pengajian
IPOH : Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) cadang enam pelajar ditahan polis kerana kes buli di MRSM Kuala Kangsar ditamatkan pengajian mereka.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.
Kini kesemua pelajar terbabit digantung sekolah serta merta selama dua minggu.
Laporan awal mendapati seramai enam pelajar bertindak memukul mangsa manakala empat lagi bersubahat dan menimbulkan provokasi.
Tambah Mahdzir, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Kes tersebut diserahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan, bagaimanapun, MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang ditetapkan JDM dan seterusnya kes akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 13 hingga 30 saat memaparkan sekumpulan pelajar menumbuk dan menendang seorang pelajar beramai-ramai di sebuah bilik asrama berlaku di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.