TAIPEI : Selepas seorang pekerja di makmal keselamatan tinggi di Taiwan mengenal pasti kes tempatan pertama di pulau itu dalam tempoh lebih sebulan, gigitan tikus menjadi tumpuan siasatan tentang kemungkinan wabak Covid-19 baharu.
Menteri Kesihatan, Chen Shih-chung, berkata wanita berusia 20 tahun itu disahkan positif Covid-19 selepas berhubung dengan virus itu semasa bekerja di Academia Sinica, pusat saintifik terkemuka Taiwan, pertengahan bulan lalu.
Menurut mereka, pesakit itu sudah lengkap dua dos vaksin Moderna dan baru-baru ini tidak berada di luar negara.
Pada sesi taklimat sama, seorang pegawai kanan virus, mengesahkan laporan media tempatan mendakwa dia digigit tikus makmal dijangkiti Covid-19, selain menjelaskan siasatan lanjut dibuat bagi menentukan sama ada gigitan itu adalah punca penularan.
Pihak berkuasa di Taiwan berpendapat kes itu berkemungkinan adalah virus jenis Delta.
Kebocoran makmal mengancam pembatalan kejayaan Taiwan dalam membasmi Covid-19 dan menggariskan kesukaran menghapuskan patogen, matlamat di beberapa tempat, termasuk sasaran di tanah besar China dan Hong Kong.
Kes tempatan terakhir sebelum jangkitan di Taiwan kelmarin disahkan pada 5 November lalu.
Walaupun kerajaan telah mengekalkan kawalan pintu masuk dan kuarantin yang ketat di sempadan, ia secara beransur-ansur menarik balik sekatan ke atas perniagaan dan hiburan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kebanyakan aktiviti domestik telah kembali normal.
Sejak wabak itu bermula, Taiwan telah merekodkan kira-kira 14,500 kes tempatan Covid-19 dengan 848 kematian.
Pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti 94 orang yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja makmal itu sejak dijangkiti, terutamanya rakan sekerja dan kawan rapat.
Mereka diarahkan untuk dikuarantin dengan 80 daripada mereka disahkan negatif, selain kes meletakkan jawatannya awal bulan ini.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM