HAZANO: Pihak berkuasa di Syria mengesahkan bahawa semakin ramai bayi terbiar ditemui di luar masjid, hospital, dan di bawah pokok zaitun akibat daripada konflik berterusan yang melanda negara itu sejak tercetusnya perang 12 tahun yang lalu dan mendorong rakyat menjadi miskin dan terdesak.
Pertubuhan “Syrians for Truth and Justice,” yang mengkaji pelanggaran hak asasi manusia di Syria, melaporkan bahawa sebelum tercetusnya perang pada tahun 2011, hanya beberapa kes pembuangan kanak-kanak yang dilaporkan secara rasmi.
Namun, menurut laporan pertubuhan yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat (AS), antara awal 2021 dan akhir tahun lalu, lebih daripada 100 kanak-kanak, termasuk 62 perempuan, ditemui terbiar di seluruh negara ini, sementara angka sebenar mungkin lebih tinggi.
“Jumlah kanak-kanak terbiar meningkat secara mendadak sejak permulaan konflik, dan kesan sosial dan ekonomi selepas perang turut mempengaruhi kedua-dua kawasan yang dikawal oleh kerajaan dan kawasan pemberontak,” kata pertubuhan tersebut.
Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kemiskinan, ketidakstabilan, kekurangan keselamatan, perkahwinan kanak-kanak, serta penderaan seksual dan kehamilan luar nikah.
Perang di Syria telah menyebabkan lebih daripada 500,000 orang terbunuh dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal malah infrastruktur di negara ini juga mengalami kerosakan yang teruk.
Pegawai dari Jabatan Kesihatan, Zaher Hajjo, melaporkan bahawa sebanyak 53 bayi yang baru lahir dan terbiar telah didaftarkan di kawasan yang dikawal oleh kerajaan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lalu melibatkan 28 bayi lelaki dan 25 bayi perempuan.
Presiden Syria, Bashar al-Assad, telah mengeluarkan arahan untuk mewujudkan kemudahan khusus bagi kanak-kanak yang terbiar ini. Kanak-kanak tersebut akan didaftarkan secara automatik sebagai warga Arab atau Syria yang beragama Islam, dengan tempat kelahiran mereka merujuk kepada lokasi penemuan mereka.
Lebih daripada empat juta orang tinggal di kawasan yang dikawal oleh pejuang jihad dan kumpulan yang disokong oleh Turkiye di utara dan barat laut Syria. Di kawasan ini, 90 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.
Ketidakstabilan dan kesengsaraan yang terus berlanjutan di Syria telah mengakibatkan krisis kemanusiaan yang berterusan.
Langkah segera dan berkelanjutan daripada masyarakat antarabangsa diperlukan untuk membantu rakyat Syria yang terkesan dan menyediakan perlindungan serta penjagaan yang sewajarnya bagi kanak-kanak yang terbiar di negara ini.
MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987