PalestinSemasa

Lagi korban dalam serbuan di Nablus

NABLUS: Seorang warga Palestin terbunuh dan lapan yang lain cedera  semasa pencerobohan tentera israel di kem pelarian Balata, bandar Nablus, Tebing Barat utara, menurut Kementerian Kesihatan dan sumber lain.

Kementerian Kesihatan berkata Faris Abdul Munim Hashash, 19, dibawa ke Hospital Rafidya di Nablus dengan kesan tembakan di dada, perut serta anggota bawah, dan disahkan meninggal dunia.

Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Lapan rakyat Palestin yang lain dirawat kerana luka tembakan, termasuk seorang yang dipukul di kepala, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Wartawan WAFA melaporkan, pasukan tentera israel yang besar menyerbu kem itu dan mengepung sebuah rumah bagi seorang warga Palestin yang dikehendaki.

Kredit Foto Twitter Quds News Network

“Tentera mengebom rumah dan merosakkannya,” kata salah seorang saksi, Husam Sallaj.

Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa jenayah pendudukan tidak akan menghentikan penentangan berterusan di seluruh tanah air.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang dijajah sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serangan berulang israel ke atas bandar-bandar Palestin.

Menurut angka Palestin, lebih 155 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan israel sejak awal tahun ini.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button