Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Bukit Mertajam: Pada 31 Julai lalu, telah viral sebuah video yang dimuat naik oleh Akademi Penyelidikan Agama Dunia mengenai tindakan seorang lelaki melaungkan azan di sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam.
Dalam video berdurasi 58 saat itu, memperlihatkan seorang lelaki yang berumur lingkungan 40-an berdiri tegak dan melaungkan azan.
Berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Polis mengesahkan lelaki tersebut mempunyai masalah mental.
Polis dalam kenyataannya mengatakan bahawa perbuatan tersebut berlaku pada 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam bersempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar.
Sumber: IPD SEBERANG PERAI TENGAHSumber: IPD SEBERANG PERAI TENGAH
“Lelaki yang melaungkan azan tersebut merupakan warga tempatan yang berusia dalam 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.
“Hasil keterangan daripada saksi-saksi mengesahkan bahawa lelaki itu mempunyai masalah mental dan kurang siuman malah masyarakat sekitar kawasan tersebut sudah mengenali lelaki itu,” jelasnya dalam satu kenyataan
Tambah Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Asisten Komisioner Tan Cheng San kejadian tersebut merupakan kali kedua lelaki itu melakukannya. Dia pernah melakukannya pada tahun 2017.
“Dengan itu, pihak PDRM meminta dan menasihati orang ramai agar tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.”
Aichi-Nagoya 2026: Skuad Badminton Lelaki Singkir Mongolia, Indonesia Menanti Pada Suku Akhir
11 hours ago
Pengampunan Najib: Anwar Nafi Buka Jalan, Tentukan Hak Setiap Banduan Memohon
11 hours ago
Anwar Imbau Perjalanan Perjuangan, Hargai Pengorbanan Perintis Reformasi
11 hours ago
Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI — PM Anwar
11 hours ago
Perdana Menteri Salur Bantuan Awal RM5,000 Kepada Mangsa Kebakaran Di Tambun
11 hours ago
Laporan Awal Pengurusan dan Kerugian FELDA Didedah Minggu Depan — PM Anwar
11 hours ago
Sistem Beraja Akan Gagal Jika Boleh “Ditukar Ikut Bulan” — PM Anwar
11 hours ago
Ratusan peneroka Israel menyerbu masuk ke Masjid Al-Aqsa, manakala Netanyahu bermegah di bawah Tembok Al-Buraq dengan berkata: “Kami Akan Tetap di Sini.”
11 hours ago
Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan Serta-Merta
11 hours ago
Pihak Berkuasa Gaza Lancar Pelan Kecemasan Kosongkan dan Roboh 255 Bangunan Berisiko Runtuh