DuniaSemasa

Letusan gunung berapi di Pulau La Palma, penduduk diarah kekal di rumah

PULAU LA PALMA : Lahar gunung berapi yang tiba di laut dan berisiko melepaskan gas toksik memaksa kira-kira 3,000 penduduk di sini untuk terus kekal di rumah.

Pelan Kecemasan Gunung Berapi Kepulauan Canary (Pevolca), disebabkan kepulan besar asap putih ke udara mereka mengarahkan penduduk di bandar dan kampung berhampiran tempat lahar mengalir ke laut berkurung.

Ini adalah kali ketiga aliran lahar sampai ke Lautan Atlantik sejak gunung berapi Cumbre Vieja di selatan pulau itu meletus pada 19 September lalu meliputi kawasan besar dengan abu.

Berikutan debu abu yang menganggu perjalanan udara, semua penerbangan ke dan dari lapangan terbang La Palma terpaksa dibatalkan.

Buat pertama kali juga sejak letusan bermula, pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk ibu kota La Palma, Santa Cruz de La Palma di timur untuk menggunakan pelitup muka FFP2 penapisan tinggi untuk melindungi diri mereka daripada pelepasan dioksida dan sulfur.

Walau bagaimanapun, pulau yang menempatkan kira-kira 85,000 orang, setakat ini tidak terjejas oleh letusan itu tetapi bahagian sebelah barat di mana lahar mengalir perlahan-lahan menuju ke laut berdepan situasi tidak menentu.

Menurut Copernicus, perkhidmatan pemantauan satelit Kesatuan Eropah, cairan lahar itu meliputi 1,065 hektar dan memusnahkan hampir 1,500 bangunan antaranya sekolah, gereja, pusat kesihatan dan ratusan rumah.

Hampir 900 juta euro (RM4.2 billion) jumlah kerosakan sementara dianggarkan, menurut kerajaan wilayah.

Malah infrastruktur pengairan untuk ladang pisang pulau itu yang menjadi sumber pekerjaan utama turut musnah.

Untuk rekod, Pulau La Palma, sebahagian daripada kepulauan Canary di luar barat laut Afrika mengalami letusan ketiga dalam tempoh satu abad dengan letusan sebelumnya pada 1949 dan 1971.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button