DomestikSemasa

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Dalam Kereta Ditinggalkan di Labuan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, Labuan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim, berkata pihaknya menerima laporan pada 9.10 pagi daripada seorang mekanik yang menghidu bau busuk sekitar 8.45 pagi sebelum menemukan mayat itu. Kanak-kanak tersebut dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim daripada suku Bajau dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Mekanik itu menghidu bau busuk semasa mahu mengalihkan kereta Proton Gen-2 yang ditinggalkan berhampiran bengkel sejak Jun 2025,” kata beliau. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat, dan kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siasatan lanjut dijalankan oleh pegawai penyiasat Balai Polis Rancha-Rancha, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Mohd Hamizi menasihatkan orang ramai agar mengawasi pergerakan anak, terutamanya mereka yang berkeperluan khas atau cenderung keluar tanpa pengawasan, bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button