KesihatanSemasa

Malaysia Antara Yang Tertinggi Disahkan Kes Wabak COVID-19 di Asia Tenggara, Rakyat Diseru Tingkatkan Langkah Pencegahan

Setakat ini Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penambahan sebanyak 15 kes baru yang dijangkiti virus Corona, membawa jumlah pesakit wabak tersebut di Malaysia kepada jumlah 50 orang. Kesemuanya dikatakan mempunyai sejarah perhubungan dengan kes ke-26 sekurang-kurangnya sekali.

gambar- Bernama

Terdahulu media telah melaporkan pesakit ke-26 yang merupakan seorang pengarah Urban Development Authority (UDA) Holdings dan juga ahli pimpinan Khazanah Nasional direkodkan telah berkunjung ke Shanghai pada pertengahan Januari dan disahkan dijangkiti wabak COVID-19 pada 29 Februari. 

Dalam pada itu, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataannya menerangkan beliau masih terus dihubungi untuk terus memberi maklumat berkenaan situasi terkini ketika negara masih dilanda kemelut politik yang menyebabkannya melepaskan jawatan sebagai Menteri. Ketika menghurai mengenai penyebab jangkitan, beliau memberi definisi jarak dekat antara pembawa virus dengan orang lain.

 

“Secara ringkas, takrif jarak rapat adalah seseorang berada dalam lingkungan enam kaki (dua meter) dari orang yang positif Covid-19 untuk tempoh yang panjang (tidak kurang dari dua jam)”

Bagaimana Wabak COVID-19 Merebak

Apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, mereka melepaskan titisan air liur atau lendir. Titisan ini boleh terkena pada orang di sekitar dan boleh sama ada secara langsung disedut atau tersentuh di tangan kemudian dipindahkan apabila seseorang menyentuh wajah mereka, menyebabkan jangkitan. Untuk selesema, sesetengah garis panduan hospital menentukan pendedahan sebagai dalam jarak enam kaki dari orang yang dijangkiti yang bersin atau batuk selama 10 minit atau lebih.

Langkah Pencegahan Daripada Terkena Jangkitan

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi garis panduan untuk orang ramai mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak dari terus merebak.

  1. Basuh tangan: basahkan tangan anda dengan air yang mengalir dan gunakan sabun. Gosok tangan termasuk belakang, antara jari, dan di bawah kuku dan gosok sekurang-kurangnya 20 saat. Bilas.
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin, kemudian buang tisu di dalam tong dan basuh tangan. Jika tidak mempunyai tisu untuk tangan, batuk atau bersin ke siku.
  3. Pakai topeng muka kerana ianya menghalang titisan cecair. Walau bagaimanapun, mereka tidak menghalang zarah aerosol yang lebih kecil yang boleh melalui bahan topeng. Masker juga meninggalkan mata yang terdedah dan terdapat bukti bahawa sesetengah virus boleh menjangkiti seseorang melalui mata.
  4. Dapatkan bantuan perubatan awal jika mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, dan rkongsi sejarah perjalanan dengan pegawai kesihatan.
  5. Sekiranya baru kembali dari kawasan yang terjejas dengan wabak dalam dua minggu yang lalu, pastikan untuk kekal di dalam rumah dan elakkan hubungan dengan orang lain selama 14 hari. Ini bermakna tidak boleh bekerja, ke sekolah atau kawasan awam.

Bagi mendapatkan laporan terkini berkenaan jangkitan di seluruh dunia, orang ramai disarankan untuk mengikuti perkembangan semasa supaya dapat mengawal aktiviti perlancongan sebagai langkah berjaga-jaga.  

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button