KesihatanSemasa

Malaysia perlukan lebih ramai pegawai dietetik KKM

Trend pemakanan kini membimbangkan & menghasilkan penyakit jarang jumpa (rare diseases)

PUTRAJAYA – Negara ketika ini dalam keperluan terdesak untuk melahirkan lebih ramai pegawai dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, setakat ini KKM hanya mempunyai seramai 469 orang pegawai dietetik yang berkhidmat di hospital serta klinik kesihatan (KK) di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 353 pegawai ditempatkan di hospital dan 89 orang pegawai di Klinik Kesihatan, 13 pegawai di ibu pejabat KKM, sekolah sukan dan 9 pegawai di hospital angkatan tentera manakala 5 lagi sedang cuti belajar,” jelas Dr Noor Azmi.

Menurutnya lagi, jumlah tersebut tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan di semua 145 hospital dan 651 klinik kesihatan.

“Ratio semasa adalah 1 pegawai dietetik bagi setiap 33 pesakit dan ia sepatutnya 1:10 setiap hari. Contohnya, penyakit jarang jumpa dan kanser, pesakit tidak boleh mengambil makanan sewenang-wenangnya dan memerlukan nasihat pakar dietetik.” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kualiti & Kajian Pegawai Dietetik kali ke-3 bertemakan ‘Expand The Possibilities’┬ádi Auditorium Kompleks E Putrajaya, pada Selasa.

Jelas Dr Noor Azmi, dengan trend pemakanan yang membimbangkan dan penyakit jarang jumpa (rare diseases), KKM membuat permohonan pertambahan bagi jawatan tersebut.

Dr Noor Azmi berkata, kementerian dalam proses memohon pertambahan jawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menampung keperluan itu.

Foto kredit pusrawi dot com dot my

Sementara itu, mengulas langkah jangka pendek bagi mengatasi keperluan itu, beliau berkata, pegawai dietetik yang ditempatkan di sesebuah hospital turut melakukan lawatan ke hospital dan Klinik Kesihatan yang tidak mempunyai pegawai dietetik.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button