PalestinSemasa

Malaysia tarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt kerana ‘pendirian pro-Israel’ penganjur

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt, kerana penganjur acara itu mengumumkan pendirian pro-Israel.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan keganasan Israel di Palestin, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Keputusan Kementerian Pendidikan adalah selaras dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin.”

Beberapa organisasi penerbitan dari Malaysia seperti Karangkraf dan PTS juga penerbit Timur Tengah juga telah menarik diri daripada festival itu. Ini termasuk Persatuan Penerbit Arab, Persatuan Penerbit Emirates, Sharjah Book Authority dan PublisHer, lapor majalah industri Publishing Perspectives .

Penarikan itu kerana penganjur menangguhkan majlis anugerah untuk menghormati pengarang kelahiran Palestin Adania Shibli, menurut Publishing Perspectives.


 

Related Articles

Back to top button