DuniaSemasa

OIC kecam serangan ke atas pejabat kebudayaan Saudi di Sudan

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Rabu mengecam tindakan menyerbu bangunan atase kebudayaan Arab Saudi di Sudan.

Pejabat atase kebudayaan Arab Saudi di Khartoum pada Selasa diserang kumpulan bersenjata yang bertindak memusnahkan peralatan dan kamera serta merampas sebahagian asetnya.

“Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam mengecam pencerobohan ke atas bangunan Atase Kebudayaan Arab Saudi di Khartoum oleh kumpulan bersenjata,” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan media Anadolu.

OIC menyeru agar keganasan di Sudan ditamatkan, menghormati misi diplomatik dan menyediakan perlindungan yang diperlukan untuk para diplomat.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, apabila tentera menggulingkan kerajaan sementara dipimpin Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.

Kredit foto UNHCR South Sudan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button