KerohanianSemasa

Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah

MEKAH: Jemaah Haji negara perlu memanfaatkan sepenuhnya Hari Arafah yang merupakan kemuncak haji, selaras sabda Nabi Muhammad SAW,  “Al-hajju Arafah (haji itu wukuf di Arafah)”.

Ketua Pakar Rujuk musim Haji 1444 Hijrah, Dr Anisah Ab Ghani berkata Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hari mustajabnya doa selain menjadi hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.

Dr Anisah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM) berkata jemaah haji sebaik-baiknya membuat senarai doa sebanyak mungkin supaya tidak tertinggal apa yang dihajati.

“Jemaah haji kena peka, ketika kita berada di Arafah ini macam mana kita nak berdoa kita kena ada senarai, sebab ini hari doa yang mustajab bagi orang yang mengerjakan haji dan orang yang kita mohon, orang yang minta kita doa di Arafah“, katanya kepada BERNAMA.

Menurutnya, bakal haji juga digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat serta membaca Al-Quran dan meninggalkan perkara sia-sia seperti berbual-bual dengan rakan atau menghisap rokok.

“Bila kita ada di Arafah ini, kita anggap sebagai Padang Mahsyar kecil, anggap kita ini seolah-olah berdepan Allah SWT untuk menginsafi diri kita, seolah-olah nak persembahkan ibadat kita kepada Allah SWT“, katanya dan menambah mereka yang tidak mengerjakan haji pula disunatkan berpuasa pada Hari Arafah.

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah esok untuk menyertai kira-kira 3 juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).

BACA JUGA
Larangan bagi mereka yang melakukan ibadah korban

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button