DuniaSemasa

Turkiye masih terkejut dengan gempa sebulan lalu

KAHRAMANMARAS : Lebih 400,000 khemah dibina di semua wilayah yang dilanda gempa bumi, umum menteri dalam negeri negara itu, Suleyman Soylu.

Buyuknacar ialah sebuah perkampungan indah yang terletak di pergunungan wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye sebelum ia musnah akibat bencana gempa bumi 6 Februari yang mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa sebulan lalu.

Gempa bumi berukuran magnitud 7.7 dan 7.6 telah melanda Tukiye pada 6 Februari, pusat gempanya hanya 26 kilometer ke selatan.

Gegarannya meragut lebih 46,000 nyawa di Turkiye setakat Isnin, menurut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Lebih 5,000 juga dilaporkan terbunuh di negara jiran Syria, menjadikan jumlah kematian kepada lebih 51,000.

Bencana itu mengorbankan 120 orang di Buyuknacar, sebuah perkampungan pertanian yang dikelilingi dengan gunung dan lembah yang subur.

“Hanya empat atau lima rumah yang teguh berdiri, tetapi semuanya rosak,” kata Ziya Sutdelisi, 53, bekas pentadbir kampung.

Isteri Ziya, Kiymet berkata, penduduk kampung berasa agak selamat pada ketinggian lebih 1,000 meter dari paras laut.

“Kemudian semuanya runtuh dalam beberapa saat,” katanya yang dikelilingi oleh runtuhan rumah batu dan konkrit.

Mereka yang terselamat kini tinggal di dalam khemah, bersedih dan masih terkejut dengan peristiwa yang meragut ribuan nyawa.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button