BanjirDomestikSemasa

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri melebihi 26,000 orang

KUALA LUMPUR: Tiga negeri kini merekodkan seramai 26,829 mangsa dipindahkan akibat banjir, dengan Terengganu mencacatkan bilangan paling tinggi.

Data sehingga jam 4 petang merekodkan 9,056 lagi mangsa di Kelantan dan 14 di Selangor, selain 17,759 mangsa di Terengganu.

Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut melaporkan, sebanyak 88 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Terengganu, selain 30 di Kelantan serta satu di Selangor.

“Bilangan keseluruhan keluarga terjejas dalam bencana adalah 7,690 dengan 13 daerah di tiga negeri itu terkesan.

“Sebanyak 119 PPS masih aktif dibuka di tiga negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi laporan itu, daerah di Kelantan yang terjejas adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Manakala di Terengganu membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Satu daerah di Selangor adalah di Gombak. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button