DomestikRohingyaSemasa

MAPIM-IAC Maldives santuni warga pelarian Seremban

SEREMBAN : Pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memperkukuhkan lagi gerak kerja dalam membantu mereka yang memerlukan.

Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah memudahkan serta mempercepatkan proses pengagihan bantuan makanan seperti mewujudkan mobile kitchen.

Inisiatif Mobile Kitchen MAPIM itu telah menarik NGO luar negara, International Aid Campaign (IAC) Maldives untuk bekerjasama dalam menyantuni golongan pelarian di Taman Sri Jati, Sikamat, Seremban dengan mengagihkan makanan panas.

Tuan Ahmed Iqbal selaku Pengerusi (IAC) Maldives yang mengetuai delegasi berkata mereka amat kagum kerana dapat bekerjasama dengan pihak MAPIM setelah memahami gerak kerja mereka yang sentiasa berinovasi dalam menggerakkan kerja kemanusiaan.

“Bantuan adalah berbentuk pek makanan ‘hotmeal’ telah diedarkan berupa sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang dengan jumlah sebanyak 312 pek makanan yang memberi manfaat kepada lebih 100 buah keluarga dari komuniti pelarian di sini.

“Kami berharap agar dapat meneruskan lagi kerjasama pada masa akan datang bersama dengan pihak MAPIM, kami mendapati bahawa matlamat kami adalah sama iaitu mementingkan nasib masyarakat tidak mengira golongan.

Sementara itu, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol berkata mereka menyambut baik kunjungan wakil delegasi dari Maldives yang aktif dalam kempen bantuan antarabangsa.

Menurutnya, MAPIM akan terus berusaha untuk mewujudkan kerjasama antarabangsa bagi meluaskan lagi bantuan bukan sahaja di dalam negara, malah ke luar negara juga di samping berkongsi ilmu gerak kerja kemanusiaan.

Untuk rekod, inisiatif ‘Mobile Kitchen’ MAPIM Malaysia dibangunkan bagi menyediakan makanan panas, segar, bersih serta sihat dalam visi persediaan & siapsiagaan menyantuni ummah ketika menghadapi bencana sebenar.


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button