DomestikSemasa

MAPIM Malaysia menyerahkan bantuan kotak makanan kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini untuk diedarkan kepada yang memerlukan

Kerjasama erat ini berterusan

Johor Bahru : MAPIM Malaysia menyedari bahawa pandemik covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat yang terkesan daripada segi ekonomi. Penyelesaian masalah ekonomi dalam jangka panjang itu perlu, tetapi mereka yang terkesan juga sangat perlu pada bantuan jangka pendek.

MAPIM mengambil langkah segera bagi meringankan beban mereka yang terkesan. Antaranya dengan mengedarkan bantuan jangka pendek berupa kotak makanan asas ke seluruh Malaysia, dengan pertolongan rakan kerjasama  MAPIM.

Antara rakan kerjasama MAPIM Malaysia yang rapat adalah Masjid Al Jawahir Mutiara Rini, Johor Bahru. MAPIM Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Mejar Zulhanis Zainol dan Bendahari MAPIM Malaysia, Kapten Haji Faris Hussain telah menyerahkan bantuan sebanyak 100 buah kotak sumbangan makanan asas kepada Masjid Al Jawahir Mutiara Rini, bagi diedarkan kepada masyarakat sekitar yang memerlukan bantuan dengan segera.

Masjid Al Jawahir Mutiara Rini yang diwakili oleh Pengerusi Masjid, Hj Zulkarnain Bin Ya’cob mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan MAPIM Malaysia ini. Majlis itu juga dihadiri oleh Ustaz Haji Anour bin Sarimin, penasihat masjid merangkap Pengerusi Yayasan Masjid Al-Jawahir, dan Tuan Isman Isam yang menjadi penghubung antara MAPIM Malaysia dan Masjid Al Jawahir.

Menurut Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol, “Kami memegang pesan CEO MAPIM, (Dr.) Sani Araby yang mengatakan, kita datang ke sini bukan untuk menyelesaikan masalah. Usaha ini kecil sahaja. Tetapi kita datang untuk meringankan beban. Kita usahakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan. Apabila beban berjaya kita kurangkan, mereka akan mampu berfikir lebih tenang, dan seterusnya menguruskan masalah mereka dengan lebih baik. Namun, MAPIM juga tidak mampu bergerak bersendirian. Jadi MAPIM Malaysia sangat berterima kasih kepada Masjid Al Jawahir kerana menjadi rakan kerjasama MAPIM. Masjid ini perlu menjadi contoh, antara masjid yang ramah NGO dan sangat mementingkan kebajikan kariah mereka. MAPIM sangat senang bekerjasama dengan masjid Al Jawahir dan mengalu-alukan sekiranya ada masjid lain yang mahu bekerjasama dengan MAPIM Malaysia.”

Sebelum ini Masjid Al Jawahir telah menyerahkan kutipan derma Gaza kepada pihak MAPIM Malaysia sebanyak RM220,669.00.


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button