MAPIM Malaysia sokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Atas inisiatif CEO MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai MAPIM. Menurut (Dr.) Sani, tujuan kunjungan ini bukan sekadar lawatan biasa, tetapi para pegawai juga diberi peruntukan untuk membeli buku kegemaran mereka, sebagai usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan mereka.
Pemilihan hari bekerja dilakukan untuk membolehkan para pegawai memilih dan membeli buku dengan tenang, tanpa kesesakan hujung minggu.
Sebagai organisasi yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan, baik di dalam dan luar negara, termasuk di Gaza baru-baru ini, pegawai-pegawai MAPIM perlu memiliki pengetahuan dalam bidang komunikasi, geopolitik, dan kemanusiaan.
“Buku tidak pernah merugikan kita, jadi saya tidak pernah berkira dengan buku,” kata (Dr.) Sani.
Selepas kunjungan di PWTC, sesi dialog mesra diadakan antara MAPIM dan Datuk Abdul Malik Abdullah, pengasas D’Tandoor Food Industries, di restorannya di Kuala Lumpur.
Makanan bertemakan kontemporari India Utara dihidangkan kepada para pegawai, termasuk Chicken Botti, Aloo Tikki, dan Spring Roll sebagai pembuka selera.
ROTI by d’Tandoor juga telah dianugerahkan “Bib Gourmand” oleh MICHELIN Guide tahun ini.
Konsep dalaman restoran yang moden euro-meditarian, dengan tingkap besar yang membolehkan cahaya matahari memenuhi ruang makan, turut dinikmati.
Hidangan utama seperti Plain Briyani Rice, Mixed Bread (Plain & Garlic), White Chicken Kadai, Channa Masala, Lamb Mac n Cheese Pasta, Papadam, dan Mint Sauce dihidangkan. Minuman yang disajikan termasuk Kashmiri Tea dan Plain Water.
Makanan India Utara yang terkenal dengan penggunaan tenusu seperti susu, minyak sapi, paneer, dan yogurt menawarkan kombinasi rasa yang unik, seperti Chicken Botti yang penuh rempah dan segar apabila dimakan bersama Mint Sauce.
Kashmiri tea, teh hijau dengan serbuk penaik yang memberikan warna merah jambu apabila dicampur dengan susu, juga mengandungi kacang dan biasanya dihidangkan di Pakistan.
Ucapan penutup diberikan oleh Datuk Abdul Malik dan (Dr.) Sani Araby Al Kahery disamping penyerahan sijil penghargaan daripada MAPIM Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Restoran D’Tandoor, boleh layari laman sesawang di www.DTandoor.com
ROTI by D’Tandoor
82, Jalan Damai, Off, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.