DuniaSemasa

Mardin, Turkiye sedia tempat bagi mangsa gempa Syria yang terselamat

MARDIN: Bandar lama Mardin adalah salah satu destinasi pelancongan paling indah di Turkiye yang tidak terjejas akibat gempa sebulan lalu.

Sejak gempa bumi berukuran magnitud 7.8 yang memusnahkan tenggara Turkiye dan utara Syria yang lalu, bandar purba itu turut menyediakan tempat kepada mereka yang terselamat, termasuk pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal kerana bencana itu.

Bandar Mardin yang dibina di atas batu pepejal dan terletak kira-kira 100 batu di timur pusat gempa bumi bulan lalu, telah lama berdiri kukuh serta tidak terjejas akibat gempa yang melanda.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), angka kematian akibat gempa bumi telah meningkat kepada lebih 45,000, dengan sekurang-kurangnya 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal. Di seberang sempadan Syria pula, sekurang-kurangnya 5,951 orang terbunuh.

Wilayah Mardin adalah rumah kepada kira-kira 850,000 orang, dan penduduk yang berada di bandar itu kira-kira seramai 130,000 orang.

“Sepanjang bulan lalu, tambahan 29,000 orang tiba di wilayah itu dan kira-kira 1,500 daripada mereka adalah warga Syria,” kata Hulya Celebioglu, pengurus Mokid, sebuah persatuan wanita tempatan menyokong mangsa gempa bumi.

Menurut kementerian dalam negeri Turkiye, 85,575 pelarian Syria didaftarkan di bawah perlindungan sementara di Greater Mardin. Bandar ini terletak hanya 20 batu dari sempadan Syria dan 120 batu dari sempadan Iraq.

BACA JUGA
MAPIM Malaysia terima pujian di Dewan Rakyat

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button