KerohanianSemasa

Marhaban Ramadan ..

MAPIM dan Masjid At-Taqwa gotong-royong sedia sambut bulan mulia

KAJANG 12 April : Sempena sambutan Ramadan 1422H yang hanya berlegar dalam 24 jam sahaja, satu gotong-royong Perdana telah diadakan di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota dengan kerjasama pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Aktiviti gotong-royong itu diadakan pada setiap tahun bagaimanapun pada tahun lalu ia terbantut akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.

Sejajar dengan kebenaran daripada pihak Majlis Keselematan Negara, MKN, bahawa pada Ramadan tahun ini semua masjid dan surau dibenarkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan.

Sehubungan itu masjid At taqwa mengambil peluang ini untuk bergotong-royong dengan masyarakat setempat.

Seawal jamĀ  8.30 pagi, sukarelawan MAPIM, pengurusan masjid serta jemaah sudah memulakan kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar dalam dan luar perkarangan masjid.

Pengurus Masjid At Taqwa Bandar Bukit Mahkota, Imam Zamri Abdul Rahman berkata aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara kariah dan memeriahkan lagi sambutan Ihya Ramadan.

“Gotong royong ini diadakan untuk memeriahkan suasana menyambut kedatangan Ramadan dan untuk membuat jemaah merasakan masjid ini adalah milik bersama bukan hanya untuk pihak pengurusan,” – Pengurus Masjid At Taqwa Bandar Bukit Mahkota / Imam Zamri Abdul Rahman

Beliau turut berterima kasih kepada pihak MAPIM atas kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini dan beliau turut memaklumkan mereka telah merancang bersama beberapa program sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula esok.

Antara program yang telah dibincangkan adalah penghantaran makanan, tadarus, pengagihan bubur lambuk, bantuan baju raya kepada asnaf dan anak yatim.

Pengurus Bahagian Pemulihan Riqab Majlis Agama Islam Selangor Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil pengagihan fidyah akan disalurkan kepada golongan asnaf dan mereka yang terkesan dari segi kewangan ketika menempuh pandemik Covid-19 ini.

“Hari ini kita agih bantuan kepada 75 peserta penerima daripada masjid ini dan untuk keseluruhan di daerah Hulu Langat kita agihkan fidyah kepada sembilanĀ  rakan strategik MAIS dan agihkan kepada 197 penerima, jadi kos keseluruhan berjumlah RM19,700, – Pengurus Bahagian Pemulihan Riqab Majlis Agama Islam Selangor / Ustazah Hafizatul Akmal Abdul Jalil

Wartawan Ummah Today, Hafeez Anuar,Ā  yang meninjau proses gotong royong itu mendapati, ramai pihak teruja menyambut kedatangan Ramadan kali ini selepas tiada terawih di masjid dibenarkan tahun lalu beramai-ramai.

Sementara itu, wakil MAPIM Aiman Syafiq, memberitahu kolaborasi di antara pihak masjid dan MAPIM adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara masyarakat dan untuk mereka lebih mengenali MAPIM.

“MAPIM bukan sahaja tertumpu pada aktiviti kemanusiaan, tapi kita melibatkan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong supaya mereka lebih dekat dengan kita. Kita nak menyambut bulan Ramadan ini bersama dengan masyarakat setempatĀ  dan lebih mengenali MAPIM,” – Sukarelawan MAPIM / Aiman Syafiq

Beliau turut mengalu-alukan kepada masyarakat di luar sana yang ingin turut serta dalam aktiviti sukarelawan bersama MAPIM, mereka boleh mendaftarkan diri melalui laman web https://www.mapim.org/ atau menerusi talian 1300-888-038.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button