DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM santuni warga penduduk PPR Intan Baiduri

Seramai 40 orang hadir mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma

KUALA LUMPUR : Selama empat hari berturut-turut Program Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berlangsung di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur.

Program ini dijayakan dengan kekuatan seramai enam orang sukarelawan dan dua orang doktor.

Menurut Pengerusi PPR tersebut, Anwar Fahmi, penduduk berpuas hati dengan inovasi klinik bergerak ini yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan ubat-ubatan percuma.

“Program sebegini patut diteruskan tiga atau enam bulan sekali supaya kesihatan penduduk penduduk disini terjamin. Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih kawasan kami untuk mengadakan program yang bermanfaat ini,” katanya ketika ditemubual UMMAHToday.

Jumlah kehadiran pesakit hari ini adalah seramai 40 orang yang mengambil peluang menggunakan perkhidmatan tersebut, dan program ini sudah pasti tidak akan terhenti di sini, ia akan diteruskan lagi pada minggu-minggu akan datang untuk lokasi lain pula.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button