DomestikSemasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM terus dapat sambutan dari warga PPR Seri Semarak

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memperkukuhkan lagi gerak kerja mereka dalam menyantuni ummah.

Inisiatif menyediakan perkhidmatan klinik bas bergerak atau lebih dikenali sebagai ‘mobile clinic’ telah mendapat banyak respon positif dari penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Hari ini merupakan hari kedua Mobile Clinic MAIWP-MAPIM berada di PPR Seri Semarak bagi memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat.

Imam Surau Jumaat Al Husna Seri Semarak, Ustaz Rusli Kadir mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIWP kerana sudi memberikan perkhidmatan percuma ini yang memudahkan urusan dan meringankan beban penduduk di sekitar kawasan itu.

“Terima kasihlah kepada MAIWP dan MAPIM, hubungan kerjasama kedua-dua pihak ini perlu dijadikan contoh dalam menyantuni masyarakat.

“Kami juga berharap inisiatif mobile clinic ini diteruskan dan sangat mengalu-alukan kehadiran dan berkerjasama pada masa akan datang. Harap jalinan hubungan silaturrahim antara kita tidak terhenti di sini,” katanya.

Menurutnya lagi, perkhidmatan mobile clinic ini amat berguna dan mengesyorkan agar semua orang tidak mengira usia boleh ambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini dan hari telah merekodkan hampir 40 orang yang hadir.

Program Mobile Clinici MAIWP – MAPIM akan diteruskan di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan. Bagi yang berminat boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.


AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau infaq menerusi
www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button