DomestikSemasa

Mohd Hisyamuddin Ghazali Dilantik Ketua Pengarah J-KOM Yang Baharu

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Mohd Hisyamuddin Ghazali, telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan bahawa pelantikan rasmi tersebut telah berkuat kuasa bermula semalam.

Mohd Hisyamuddin dilantik bagi menggantikan Datuk Ismail Yusop yang telah menamatkan perkhidmatannya pada Ahad lepas, selepas lebih setahun menerajui jabatan berkenaan.

“Semoga terus cemerlang menggalas amanah demi memperkukuh komunikasi kerajaan yang berkesan dan diyakini rakyat,” kata Shamsul Azri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, sesi pelantikan Mohd Hisyamuddin itu turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Dalam pada itu, Shamsul Azri turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ismail atas segala jasa, khidmat bakti, dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang beliau memegang jawatan tersebut.

“Semoga terus aktif dalam menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” tambah beliau.

(Sumber: BERNAMA)

Related Articles

Back to top button