Sukan

Kucupan, pelukan terakhir untuk Aisy Saqeef

Jenazah dikebumi di Pendang, Kedah

NIBONG TEBAL : Suasana pilu menyelubungi perkarangan  Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) apabila saudara mara mula mengunjungi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25.

Ramai yang memberi sokongan malah Syafiq juga dilihat amat sedih dengan peristiwa yang terjadi.

Beliau dilihat mengucup bayinya, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selesai proses mandi dan dikafankan.

Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad selesai dimandikan dan dikafankan sebelum dibawa untuk dikebumikan di Pendang, Kedah.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aisy dan neneknya, Zainab Wahab, 46, selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik HSB pada jam 1:40 tengah hari.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut hadir menziarahi Muhammad Syafiq yang dilihat sugul dan kepenatan ekoran kemalangan yang menimpanya dan bersama ahli keluarganya.

Beliau emberikan sebanyak mana masa yang diperlukan pemain kebangsaan itu, untuk pulih secara mental dan fizikal ekoran kemalangan yang melibatkannya pagi tadi.

Kenderaan membawa kedua-dua jenazah sudah bertolak ke Pendang pada 3.30 petang tadi.

UmmahToday mengucapkan takziah kepada keluarga pemain bola sepak kebangsaan itu.

Al-fatihah

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button