Semasa

Pelajar perempuan di Afghanistan protes penutupan sekolah menengah

KABUL : Bulan lalu, Taliban memaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula, tetapi hanya pelajar lelaki dari semua peringkat umur yang dibenarkan bersekolah. Perkara itu telah mencetuskan perdebatan mengenai pendidikan wanita.

Rahela Nussrat, penduduk Kabul, 17 tahun, yang berada di tahun terakhir sekolah menengah, tidak dapat meneruskan pembelajaran atas sebab pemerintah baru Afghanistan memutuskan menghentikan pelajaran bagi pelajar perempuan untuk sementara waktu.

“Pendidikan adalah salah satu hak asasi manusia yang paling asas, tetapi hari ini hak asasi kami sebagai kaum perempuan di Afghanistan telah hilang,” kata Nussrat kepada Al Jazeera.

Tahun lepas, lebih daripada 2.2 juta pelajar perempuan Afghanistan tidak dapat bersekolah yang merangkumi lebih 60 peratus daripadanya terdiri daripada pelajar luar sekolah.

Ketika pemerintah Afghanistan gagal, saya kehilangan hak saya untuk sekolah, dan ini adalah kali pertama saya bersedih kerana jantina saya, “jelas Nussrat.

Nussrat masih tidak faham mengapa hanya remaja perempuan tidak diibenarkan untuk bersekolah, dan dia yakin bahawa perkara ini akan berlanjutan.

Semasa pemerintahan Presiden Ashraf Ghani yang disokong Barat, Afghanistan berjuang mendapatkan hak  kaum perempuan pergi ke sekolah. Menurut tinjauan Forum Pendidikan Dunia (PDF) 2015 yang disediakan UNESCO, hampir separuh sekolah Afghanistan kekurangan struktur yang boleh digunakan.

Qatar dan Pakistan telah mengkritik sikap Taliban terhadap pendidikan kaum perempuan, dan mendesak masyarakat antarabangsa ikut mendesak kerajaan Taliban.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

Related Articles

Back to top button