PalestinSemasa

Penduduk israel menyerang kenderaan Palestin di pintu masuk ke Al-Bireh

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

AL-BIREH : Menurut sumber tempatan, penduduk israel telah menyerang beberapa kenderaan milik Palestin di pintu masuk utara ke bandar Al-Bireh di Tebing Barat yang diduduki pada malam semalam.

Wartawan WAFA berkata, berpuluh-puluh penduduk israel yang mengamuk itu dikawal oleh tentera dan polis Israel. Mereka berkumpul berhampiran pusat pemeriksaan tentera Israel di Beit El, utara bandar itu dan membaling batu ke arah kenderaan Palestin yang melalui pusat pemeriksaan itu. Kejadian ini menyebabkan berlakunya kerosakan kepada sebahagian kenderaan namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sejak minggu lalu, terdapat peningkatan serangan oleh penduduk israel ke atas orang awam Palestin di seluruh Tebing Barat yang didudukinya. Serangan-serangan yang dilakukan adalah penutupan jalan raya, melempar batu kepada kenderaan Palestin dan menyerang secara fizikal penduduk kampung.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button