PalestinSemasa

Pengganas israel tembak dua pemuda Palestin di Jenin

JENIN: Tentera israel menembak dan membunuh dua pemuda Palestin semasa serangan ke atas bandar Qabatia di utara Tebing Barat, selatan Jenin, menurut Kementerian Kesihatan.

Dua pemuda yang terkorban ini dikenali sebagai Ahmad Jamal Assaf, 19, dan Warani Walid Qatanat, 24.

Saksi berkata pasukan tentera yang besar menyerbu bandar itu dan memecah masuk beberapa rumah di kawasan kejiranan barat dan menggeledah rumah serta diri mereka.

Semasa serangan itu, askar melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta membunuh dua dan mencederakan yang lain.

 

Tentera israel setakat tahun ini telah membunuh lebih 107 rakyat Palestin di Tebing Barat dan 16 lagi di Semenanjung Gaza.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button