GAZA: Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, mengutuk keras serangan udara israel di Semenanjung Gaza.
“Saya amat bimbang dengan perkembangan di Gaza selepas israel melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan anggota gerakan Jihad Islam Palestin (PIJ),” katanya dalam satu kenyataan.
“Serangan udara israel di dalam Gaza mengakibatkan kematian 13 rakyat Palestin, termasuk tiga anggota PIJ, seorang doktor, lima wanita dan empat kanak-kanak serta lebih 20 cedera. Ini tidak boleh diterima,” tambahnya.
HEART-BREAKING: Palestinians in Gaza bid the last farewell to their sons and relatives, who were murdered by Israeli airstrikes, last night. pic.twitter.com/yNmzdd4qGZ
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) May 9, 2023
Wennesland menggesa semua yang berkenaan untuk menjalankan sekatan maksimum bagi mengelakkan peningkatan pembunuhan ini berlaku.
Menurutnya, dia akan tetap terlibat sepenuhnya dengan semua pihak dalam usaha untuk mengelakkan konflik yang lebih luas berlaku yang boleh mengakibatkan kemusnahan berlaku.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini