PalestinSemasa

Rafah semakin sesak akibat pengeboman israel 

Krisis kemanusiaan di Rafah telah mencapai tahap kritikal, dengan ruang untuk orang awam tinggal dan mencari perlindungan menjadi semakin terhad dan sesak, kata ketua agensi bantuan PBB OCHA di Wilayah Palestin yang diduduki.

Berkongsi pandangannya dari lawatan ke Gaza baru-baru ini, Andrea De Domenico menyifatkan keadaan yang membimbangkan di Rafah dan kesan buruk serangan udara israel terhadap orang awam.

“Peristiwa yang berlaku di Rafah sejak 7 Mei, hampir sejuta orang yang mendapat perlindungan selama berbulan-bulan di Rafah kini telah berpindah secara tiba-tiba… Hasilnya adalah ruang yang sesak dan menjadi semakin terhad,” kata De Domenico semasa taklimat media maya di PBB.

Sejak 2006, Israel telah mengenakan sekatan ke atas Gaza, menyebabkan kira-kira 2 juta daripada 2.3 juta penduduknya hidup dalam keadaan bencana dengan kekurangan makanan, air dan ubat-ubatan yang teruk.

Lebih 36,400 rakyat Palestin telah terbunuh sejak 7 Oktober 2023 di Gaza, sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak, dan lebih 82,600 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang dalam keputusan terbarunya telah mengarahkan Tel Aviv menghentikan serta-merta serangannya di Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei. 

SUMBER : TRT WORLD

 

Related Articles

Back to top button