DuniaPalestinSemasa

‘Marathon of Freedom’ Gaza simbolik penghargaan Palestin kepada Malaysia

GAZA : Lebih 500 peserta menyertai acara Marathon of Freedom anjuran Majlis Tertinggi Belia dan Sukan bersama Persekutuan Olahraga Palestin di Gaza, dengan tajaan Pusat Kebudayaan Malaysia sempena ulang tahun ke-65 Kemerdekaan Malaysia.

Para peserta berlari sejauh 5 kilometer sambil diawasi oleh pasukan polis Palestin dan Kementerian Kesihatan, sehingga mereka sampai ke garisan penamat untuk pengumuman pemenang.

Foto sumber Palm Strategic Initiatives Centre
Foto sumber Palm Strategic Initiatives Centre

Pegawai Majlis Tertinggi, Jaber Ayyash, berkata bahawa acara ini adalah sebahagian daripada sambutan Kemerdekaan Malaysia di Palestin, dengan harapan agar acara seperti ini diteruskan pada tahun hadapan di bandar Al-Quds.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap peranan Malaysia dalam berkhidmat dan sentiasa menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Foto sumber Palm Strategic Initiatives Centre
Foto sumber Palm Strategic Initiatives Centre

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammed Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, aktiviti sukan di Palestin penting bagi mengurangkan tekanan dan kesedihan rakyat di negara itu.

Beliau menambah bahawa CGM sentiasa berusaha untuk menyokong aktiviti sukan, menekankan inisiatif seperti itu akan diteruskan supaya rakyat Palestin mencintai kehidupan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan hasratnya untuk membawa kelab bola sepak Malaysia bertemu para atlet Palestin di Gaza.

Foto sumber Palm Strategic Initiatives Centre

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button