SemasaSukan

Ranking Harimau Malaya meningkat ke tangga ke-116 dunia

Skuad Harimau Malaya terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), walaupun berdepan isu luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Dalam kemas kini terbaru, pasukan kebangsaan Malaysia melonjak dua anak tangga, daripada kedudukan ke-118 pada bulan lepas ke tempat ke-116.

Di peringkat Asia Tenggara, Thailand kekal pasukan terbaik di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151). Jepun mengekalkan kedudukan teratas di benua Asia pada ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22). Di peringkat global, Sepanyol kekal sebagai pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.

Peningkatan ini menandakan konsistensi prestasi Harimau Malaya sejak April lalu, apabila Malaysia berada di kedudukan ke-131 sebelum mula menunjukkan momentum positif hingga kedudukan semasa.

Sumber: Bernama

Related Articles

Back to top button