PalestinSemasa

Ratusan penduduk hadiri pengebumian kanak-kanak Palestin yang terkorban

RAMALLAH: Ratusan rakyat Palestin menyertai pengebumian Mohammad Haitham Tamimi berusia 2 tahun yang meninggal akibat ditembak di kepala oleh tentera israel di kampungnya Nabi Saleh, utara Ramallah.

Perarakan pengebumian bermula dari Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, di mana jenazah Tamimi disimpan dan berarak melalui jalan-jalan bandar sebelum menuju ke Nabi Saleh di mana dia dikebumikan di tanah perkuburan kampungnya sendiri.

Ibu kepada Mohammed Tamami memegang anaknya buat kali terakhir sebelum dkebumikan
Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Tentera israel berdiri di sekitar lokasi acara pengebumian bagi menghalang pintu masuk utama, berhampiran dengan insiden tembakan berkenaan.

Ibu Tamimi, Marwa al-Tamimi, 32, memberitahu AFP, bahawa tentera melepaskan tembakan ke arah suaminya, Haitham, yang turut tercedera, ketika dia berada di dalam kereta bersama anak lelaki mereka yang berusia 2 tahun itu.

Tambahnya, dia bertindak keluar bagi mengalihkan keretanya kerana bimbang ia akan dirosakkan oleh tentera israel di sekitarnya.

Dalam pada itu, Marwa berkata, dia tidak menaruh kepercayaan terhadap siasatan yang dijalankan oleh tentera israel.

“Saya mahu perbicaraan antarabangsa. Cukup-cukuplah. Setiap kali kita mendengar anak Palestin mati syahid, seluruh keluarga syahid,” katanya.

BACA JUGA
PBB kutuk israel bunuh kanak-kanak Palestin

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button