SALFIT: Tentera israel telah mengebom rumah seorang warga Palestin yang terbunuh dari kampung Haris, barat bandar Salfit Tebing Barat yang dijajah, kata sumber.
Tentera rejim diiringi 50 kenderaan tentera, menyerbu kampung itu pada larut malam dan menyerang ibu bapa Mohammad Souf, sebelum mengebom serta merobohkan rumah mereka.
Mohammad Souf telah dibunuh oleh tentera israel pada 15 November 2022 di kawasan Tebing Barat.
Tambahan lagi, menurut sumber tempatan, tentera israel juga telah menyerbu dan merobohkan rumah dua tingkat milik tahanan Younes Hilan, 19 yang ditahan pada Oktober 2022 tahun lalu.
Di pinggir bandar Al-Salam, Baitulmaqdis pula, tentera israel merobohkan 20 bangunan pangsapuri dan menyebabkan lapan buah keluarga Palestin terpaksa dipindahkan.
Pada awal tahun 2023, pihak berkuasa pendudukan israel telah merobohkan dan merampas 290 bangunan milik Palestin di seluruh Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
lsraeli occupation forces blow up a Palestinian house in Haris village, east of Salfit. pic.twitter.com/xLO06PJHJG
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) May 3, 2023
Akibatnya, seramai 413 orang, termasuk 194 kanak-kanak, telah kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian serta lebih 11,000 yang lain turut terjejas, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di wilayah Palestin yang dijajah.
Angka ini semakin meningkat dari hari ke hari kerana hampir setiap hari perobohan berlaku di kawasan Tebing Barat yang dijajah.
BACA JUGA
Gaza kembali bergolak susulan penganiayaan Khader Adnan
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia