Semasa

Ribut petir dijangka berlaku di tiga negeri pagi ini

PETALING JAYA : Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri Selangor, Johor dan Sarawak sehingga pukul 11 pagi ini.

METMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata ia dijangka melanda daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat di Selangor manakala di Johor cuaca sama boleh berlaku di Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Selain itu, amaran ribut petir turut melibatkan negeri Sarawak yang dijangka berlaku di Limbang.

“Tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 200 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam,” katanya.

Dalam pada itu, METMalaysia memaklumklan bahawa amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button