DuniaSemasa

Rusia keluarkan amaran merah letusan Gunung berapi Kilauea

MOSCOW: Pihak berkuasa tempatan Rusia mengeluarkan amaran merah di sekitar kawasan Gunung berapi Kilauea di Kepulauan Hawaii berdasarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut laporan dikeluarkan Sputnik, gunung berapi Kilauea meletus kira-kira jam 3:20 malam (waktu tempatan) pada 29 September 2021 (01:30 GMT 30 September).

“USGS Hawaiian Volcano Observatory (HVO) mengesan cahaya dalam gambar kamera web Kilaueasummit yang menunjukkan letusan telah bermula di kawah Halema Ľuma’u di puncak Kilauea,” kata agensi itu.

Biarpun letusan tersebut tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk, USGS tetap akan meneruskan kajian untuk menilai semula kemungkinan bahaya.

Kilauea merupakan gunung berapi paling aktif di dunia yang terletak di tenggara Hawaii.

Terdahulu, Mei 2018, seramai 10,000 penduduk terjejas dan hampir 700 kediaman musnah ekoran letusan gunung berapi Kilauea.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button